Wednesday, November 23, 2011

Sama seperti apa yang ku pendam dan ku rasakan..


Apalah ertinya....

Apabila diri mengharap kasih, sedangkan yg hadir hanyalah rasa serba-salah di dalam
hati.....

Apabila tiap patah perkataan yg diucapkan, menjadi remuknya hati....
Apabila percakapan menjadi sehala,dan tidak lagi berpihak pd diri...
Apabila senyuman yg hadir sekadar menutup sayu di hati..
Apabila suasana girang yg dicipta hanyalah utk menjaga hati...
Apabila kemanisan yg dicari, tetapi kepahitan yg dirasai...
Apabila kasih dicipta tak ubah bagai menyinggah di ranting berduri...
Apabila yg disangka itu bahagia, tetapi rupanya hanyalah suatu ilusi permainan kata dan budi...

Tetapi bagiku..

Adalah lebih baik diri mengalah, meskipun masih ingin disayangi..
Adalah lebih baik berdiam diri dari menyatakan rasa hati kerana bimbang akan lebih dibenci...
Adalah lebih baik diri menjadi sekadarnya, kerana jika sebaliknya ia akan mengundang remuk di hati...
Adalah lebih baik menjauh diri, dari lebih terasa hati..
Adalah lebih baik menyepi, dari lebih mengundang kecewa yg berterusan dihati...
Adalah lebih baik melupakan, meskipun kerinduan itu masih lagi terpahat dihati..
Adalah lebih baik mencari jalan sendiri utk mengubat hati meskipun masih terasa hancur luluhnya hati....
Adalah lebih baik memaafkan , meskipun terasa bagai menelan duri....

Kerana ku mengerti...

Bahawa mengalah itu, bukanya bererti diri lemah...
Bahawa cinta manusia itu tidak kekal abadi...
Bahawa diri punya pendirian yg tak mungkin dapat diperjudi...
Bahawa kusedari kasih sesama manusia hanya mengundang sengsara diri ....

Sedangkan..

Kasih Allah itu lebih kekal dan Abadi serta Dia adalah sebaik-baik yg memahami diri dikala insan lain tidak mampu utk memahami....

Dan mengertilah wahai kasih...

"Aku menyayangimu kerana agamamu dan perjuanganmu..dikau menjadi kekuatanku dikala aku jauh dariNya...serta jasamu yg membawa aku kepadaNya, bukanya kerana kesilapanmu dan kelemahanmu .... kerana ku mengerti...seseorang yg dijalan "lurus" belum tentu ia kan sentiasa "lurus", kerana ada ketikanya ia tersasar, namun ia hanya seketika sebelum menyambung perjalananya dgn lebih sempurna diiringi kekuatan dariNya... "

aku tahu kau tidak mengetahuinya bahkan kau pura-pura tidak mengetahuinya..tapi aku tau siapa yang lebih mengetahui...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...