Wednesday, November 2, 2011

Tika dilanda Ujian..Jangan Gentar..kerna itulah tanda Allah sayang..

Ya Allahu Ya Rabbi...Jangan Kau duga aku melebihi batas mampu dan sanggup ku..
Ya Allah..bila memang Kau duga..aku pun percaya kau sayang padaku....
Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin....."Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yg telah berbuat zalim."



Andai diri seteguh karang di lautan, psti mudah menahan ombak yg mnduga..
tapi…...Mngapa jadi steguh karang,andai teguhnya kan berakhir dgn terdampar di
pinggiran pantai.kerana seteguh-teguh karang akan mati jua akhirnya,malah ketika
hidup pun ada yg kecewa,terdampar dipantai tatkala masih brwarna.

Jadilah steguh masa,gigih brlari tidak henti,menongkah
arus takdir, biar manis biar pahit, tidak henti-henti berlari,berlari trus
brlari…tidak mnoleh kbelakang walau sketika.tidak kecewa dan brundur walau apa
jua. Xhenti ke hadapan wlau apa jua rintangan. dlm menuju redha
ILAHI..



hidup adalah satu pelayaran...jadilah nakhoda yg terbaik dalam melanda badai kehidupan..Dunia pula bagaikan lautan yang luas dan dalam..ramai manusia yang karam didalamnya..bila kau ingin selamat dari karam...LAYARILAH LAUTAN INI DGN SAMPAN YG BERNAMA TAQWA,ISINYA IMAN DAN LAYARNYA TAWAKAL KEPADA ALLAH..

Cukuplah Allah bagi ku dan Dialah adalah sebagai sebaik-baik Pelindung….

Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir,untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.sentiasalah berlapang dada,sentiasalah membesarkan jiwa, supaya kita boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan pada kita.Jangan sesekali membiarkan hati kecil seperti cawan,sehingga tidak mampu menanggung diri sendiri...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...