Monday, April 23, 2012

Dalam Diam...



Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini.Maka aku saksikanlah bahawa tiap- tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri.Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya. Yang demikian tidak kudapati selain daripada amalan yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.


Tetapi bagiku.....CUKUPLAH AKU MENCINTAIMU DALAM DIAM..


Andai diamku itu mampu menolak seribu satu fitnah..Namun, sekalung doa buatmu tak pernah putus...

Cukup mencintaimu dalam diam..Kerana aku masih belum bisa mempunyai ilmu..Melengkapkan diri yang serba kekurangan ini..Meniti hari-hari mendatang nanti

Cukup aku mencintaimu dalam diam..Kerana engkau belum lagi menjadi sesuatu yang realiti buatku..Kerna aku masih bertatih mencari cinta hakiki

Cukup aku mencintaimu dalam diam dan dari kejauhan..Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik..Buat engkau dan aku...

Yang pasti, cinta itu sudah lama kusimpan dalam diam...

Aku mencintaimu kerana Agamamu..Penghijrahanmu..perjuanganmu..dan ketaqwaanmu yang menuntunku mengingatiNya..untuk lebih mencintaiNya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...