Tuesday, April 24, 2012

Monolog Jiwa "Maafkan ku Saudaraku"


apa yg aku buat di sini???

Aku kenyang..semetara saudaraku di sana kelaparan..Aku tersenyum gembira sedangkan mereka di sana menderita dengan azab siksa..di dera dan diperkosa...

Aku selamat manakala mereka menunggu kehilangan nyawa..malah minta dibunuh demi takutkan azabNya..Aku tak mengerti..saban hari ini yang aku fikirkan..ini yang bertandang difikiranku...hati aku memberontak!! apa yang mampu aku lakukan Ya Allah!! dengan kudrat yang Kau kurniakan mampukah aku melawan kejahatan terhadap apa yang menimpa saudaraku di sana??? atau ckupkan sekadar hanya berdoa??

Mengapa Ya Allah!!! Mengapa tiada saudara-saudara yang lain bersatu untuk membantu mereka???sedangkan Agama yang benar adalah AgamaMu!!! Apa yang akan ku jawab kepadaMu di atas amanah menjaga saudaraku sendiri??? Apa yang harus aku lakukan demi memujuk tangisan penuh kekecewaan kekasihMu Muhammad saw Ya Rabb!!

Aku tak sanggup melihat penderitaan saudaraku sendiri..aku tak sanggup mendengar tangisan anak-anak seagama denganku!!! Kenapa Ya Allah!! di sini penuh kepalsuan..mereka tidak peduli dengan saudara sendiri..malah yang mereka gilakan harta dan pangkat!! yang mereka fikirkan kesenangan hidup!

Aku akui..tapi aku tak mampu Ya Allah..benarla sabda kekasihMu...benar!! dan sangat benar!!!

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan LEMAH. Di atas kelemahan itu ORANG KAFIR MENINDAS MEREKA bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Aku cintakan mereka Ya Allah..cintakan saudara seagamaku di sana..biar pedang di hujung nyawa biar peluru yg diburu..aku hnya seperti seekor serangga yang mati jika berjuang seorang diri..namun aku yakin jika beribu-ribu malah berjuta-juta lagi umat slam yang dikumpulkan aku yakin tiada daya upaya melainkan kekuasaanMu..tentera serangga tidak mustahil mampu mengalahkan raksasa bersenjata!! tapi apakan daya Ya Rabb!!!

mereka takutkan mati syahid..yang mereka mahukan mati penuh harta bernama dan berjiwa disanjung kerana rupa setelah tiada...lebi memilih hina di depanmu dan indah dimata hamba!!!

Namun...aku yakin..segala apa yang terjadi di atas muka bumi ciptaanMu ini adalah kekuasaanMu..dan Kau berkuasa dalam tiap-tiap sesuatu..Aku maklum Ya Rabb..Kau menghadiahkan saudaraku di sana MATI SYAHID..roh mereka diangkat seperti seekor burung...Kau mengampuni dosa-dosa mereka atas azab siksa yang dicipta zionis kafirun..

Maha Hebat Percaturan yang Kau Ciptakan YA MUHAIMIN...
AL FATIHAH BUAT SAUDARA KU DI Palestin, Lubnan,Kosovo,Chechnya,Bosnia,Afganistan,syria..Allahu Akbar..terlalu bnyak sehingga tak mampu kuhuraikan!! Kuatkan mereka Ya Allah..lindungi mereka..selamatkan mereka

AL-FATIHAH!!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...