Wednesday, July 11, 2012

Janji Allah benar belaka


Alhamdulillah..selamat di ijabkabulkan seorang lelaki yang pernah jadi kawan aku dulu..Actually aku tak tahu pun..tiba-tiba pagi ni keluar status dia selamat diijabkabulkan..soo Alhamdulillah...

Kat sini aku nampak..ternyata Allah tu tak zalim..memang tak zalim duhai kawan..kalau Allah tak jodohkan kita dengan orang yang kita mahu,bermakna Allah da tetapkan jodoh kita dengan orang yang lebih baik dari apa yang kita mahu..

yeahh..da terbukti depan mata aku..kawan aku ni ckup baik..ada agama..ada masa depan..berdakwah secara istiqamah..mungkin orang cakap aku buta menolak orang sebaik dia..tapi da ketentuan taqdir bukan aku dengan dia...sebab sebenarnya jodoh dia dengan seorang muslimah yang penuh lemah lembut dan sopan santun..dan yang pasti muslimah itu lebih baik dari aku..

kat sini gak terbukti Allah tak memungkiri janjiNya perempuan yang baik memang dijodohkan untuk lelaki yang baik..kekecewaan yang melanda kawan baik aku telah mengangkat dirinya untuk jadi yang lebih baik..dan pastinya dia berjaya menjadi yang lebih baik dari dirinya yang sebelum ini...

dan untuk aku???kecewa sebab melepaskan dia??? hmmm...jujur..aku agak cemburu sikittt..cemburu sebab dia mendapat muslimah yang baik..sedangkan aku??? masih mendidik diri dan menahan diri dari perkara-perkara yang menjatuhkan keimanan aku..takpe la..apa pun aku sentiasa doakan kebahagiaan dia..Moga mereka membina rumahtangga sakinah,mawaddah dan warahmah...

da la yaya..jangan fikir lagi..sekurang-kurangnya beban rasa bersalah kau da berkurang bila orang yang kau tolak da jumpa dengan pasangan idealnya sebelum kau sendiri yang kawin..kalau kau kawin dulu mesti lagi rasa bersalah...soo bersyukurlah!
sebenarnya aku xreject pun dia..sape la aku nak mereject! aku bukan bagus pun..tapi..ntah..aku malas nak fikir soal hati ni...hati aku tengah renovation masa tu..so hal2 duniawi ni aku tolak tepi dulu laa..

p/s dari life kawan aku ni...

"jangan jadikan kekecewaan ditolak yang melanda diri kita tu sebagai asbab untuk kita jadi bertambah lemah dan merasa diri sangat rendah hingga kita benar-benar manjadi orang yang lemah..tapi jadikan rasa kekecewaan itu sebagai pembangkit semangat untuk buktikan yang kita adalah terbaik dan mampu jadi yang lebih baik sehingga orang yang menolak kita berasa yang kita sebenarnya tidak layak ditolak"

bole faham ke ayat tu??haha..xkesah la,,janji aku faham :)

apa pun kawan
"SELAMAT PENGANTIN BARU" -Barakallahu lakuma wabarok 'alaikuma wajama'ah bainakuma fi khair"
*doa dari kejauhan*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...