Sunday, October 30, 2011

Jodoh..Kawen..Bahagia..


Assalamualaikum...
Lama tak update blog..tiada kupasan menarik kot..hee :p
Sambil2 aku memuhasabah diri baru2 ni..tiba2 aku terfikir soal jodoh..JODOH????
haaha..bukan aku nak kawen da..tapi xsalah kan kalau aku terfikir soal ni??semua orang pun akan kawen..bagi aku kawen ni sama ngan mati...

Haa..jangan persepsi dulu yea??bukan la aku mengelaskan kawen tu terok...bohong la kalau aku cakap aku tanak kawen...kn?? hihihi...Maksud aku kawen sama ngan mati ialah,2-2 hal ini adalah rahsia Allah..aku xmampu untuk meramal..kamu..kamu dan kamu juga tak mampu nak meramalkan nya kan???termasukla si tukang ramal tu..hee.. :)

Oke..first aku nk ckap dulu soal COUPLE..aku tahu isu ni sensitif..ramai kat luar sana yg tgah bercouple akan marah kt aku kalau aku cakap isu ni...mesti dorang akan cakap aku jeles la..xlaku la sbb xde boipren..haha..haishh..jujur..aku xkesah pun..sbab stiap org diciptakan berpasang2an....mempunyai asas untuk melabuhkan perasaan kasih syg dan cinta tu mmg perlu..tapi bukan dengan bercouple je caranya kan???bnyak kot lagi cara untuk itu...Cinta yang sebenar antara lelaki dan wanita adalah selepas akad nikah diselesaikan.Hal ini kerana, jalinan cinta yang bebas antara lelaki dan wanita sebelum berkahwin akan mengundang 1001 bencana. Sebab itulah Nabi pernah menyebut:

" Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (HR Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)

Lagi satu..jom kita selidik balik potongan dari surah al isra' ayat 32 ini...



andai percintaan tu berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat.Kesannye? Nauzubillah!Hanye Allah je yang mengetahui segala-galanya.Jangan marah yea??aku bukan mendoakan tentang keburukan kamu..aku syg kot ngn
kamu..kamu dan kamu..sebab tu aku ingatkan..aku pon penah couple gak..tapi akhirnya Allah tunjukkan pada aku yang couple tu x kemana pun..

So..pandai2 la kamu2 yg couple fikir dan jaga diri yea??iman kita bukan nye hebat sgt pun..kdang2 boleh jadi lebih tebal dari tembok batu..tapi yang malunya ia boleh jadi lebih nipis dari kulit bawang..ge la kt dapur..tgk mcam mana kulit bawang tu.. :(

Astaghafirullahal azim..moga Allah melindungi kita semua..

Bagi mereka yang pilih jalan untuk xbercinta sebelum kawen tuu..waaa..sgt respect kamu..mesti kamu tengah perbaiki diri sdri untuk menjadi pilihan si soleh/solehah kan??alhamdulillah..still ada remaja yang macam ni...Jangan risau..jodoh untuk kita pasti ada..tidak di dunia yang sementara ini,pasti Allah telah mentakdirkan jodoh untuk kita di sana kelak...meh aku nak share benda menarik ni...masa aku memahami tentang ini,aku tersenyum je sepanjang hari... (^____^) disebabkan aku seorang wanita so aku share kan tentang wanita je la yea??lelaki pun msti baca...oke??ini sangat penting..


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: ”Tiada si bujang di dalam syurga”

~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”


Best kan??hehehe...aku memang xtahu sape jodoh aku dan bila aku di jodohkan..tapi aku sentiasa berdoa supaya "seseorang" yang aku kagumi itu dijodohkan dengan aku..yea mungkin sbab ciri2 lelaki idaman aku ada pada dia..Lantaran tu,aku hnya berusaha saban hari mendidik dan memperbaiki diri,iman dan amal aku sebaaab....



Andai doa aku xtermakbul lagi hepi kot sebab Allah anugerahkan aku seseorang yang lebih baik dari "seseorang" yg aku doakan tu..hee...Kan Allah yang Maha Tahu apa yang terbaek untuk kita??? so berbahagialah..yang penting mencintai Allah itu lebih bahagia rasanya...


kepada sepupu2 dan kawan2 aku yang da berkahwin,aku doakan supaya kamu berbahagia hingga akhirat kelak..bukan je smpai akhir hayat k??semoga korang menjadi bidadari yang akan dipilih oleh suami korang nanti..Amiiinn.... :)

4 comments:

faizal isabella said...

alhamdulillah...sya 100% setuju ngan pndapat cik norhidayah ni :)..thniah! truskan update info2 yg berguna untuk kbaikan kita semua, hidup dan matiku hanya untuk islam :) salam perkenalan.

aLNuR HIDAYAH said...

terima kasih faizal sebab sudi baca..insyaAllah sama2 kita kongsi...salam ukhwah fillah.. :)

Ritzha said...

Alhamdulillah...kupasan yg menarik...keep up a good work..

lullabye said...

Saya suka yang no. 4. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...